Proton X50 RC 2024 Dilancarkan: Enjin CKD, Kamera 360-Darjah, dan NHV Ditambahbaik; Bermula RM86K dengan Diskaun RM7K

Proton X50 RC 2024 kini dilancarkan dengan enjin CKD, kamera 360-darjah, dan peningkatan NVH yang ketara. Dengan harga bermula RM86,300 dan diskaun sehingga RM7,000 untuk pembeli pertama, SUV ini menawarkan teknologi terkini dan keselesaan unggul.
Proton X50 RC 2024

Begitu pantas masa berlalu, Proton X50 kini hampir memasuki usia empat tahun di pasaran selepas pertama kali dilancarkan pada Oktober 2020. Sejak tahun lalu, terdapat desas-desus bahawa SUV segmen-B yang laku keras ini akan menerima versi facelift, namun ia belum direalisasikan biar pun beberapa kali ia kelihatan diuji di jalan raya.

Pelancaran Proton X50 RC 2024

Hari ini, Proton telah pun melancarkan versi facelift bagi X50, namun ia hanya melibatkan kemaskini minimal. Model versi facelift ini dinamakan sebagai X50 RC 2024 dan ditawarkan dengan harga atas jalan bermula RM86,300 tanpa insurans bagi varian 1.5T Standard, RM93,300 untuk 1.5T Executive, RM101,800 bagi 1.5T Premium dan model spesifikasi penuh 1.5T Flagship pula berharga RM113,300.

Proton X50 RC 2024

Sempena pelancarannya, Proton mengumumkan diskaun tunai sebanyak RM7,000 bagi 5,000 pembeli pertama X50 RC 2024. Turut diberikan ialah rebat RM1,500 untuk tawaran jual-beli (trade-in), RM6,000 untuk tawaran Value Added Features dengan kesemuanya berjumlah RM14,500. Untuk makluman, ‘RC’ pada nama X50 facelift ini bermaksud ‘Running Change’, seperti mana yang pernah diterima oleh Saga MC 2022 dan Exora RC Premium 2019 yang diberi kemaskini minimal.

Spesifikasi Enjin dan Peningkatan NVH

Untuk X50 1.5 TGDi RC 2024 ini, tiada perubahan pada penjana kuasanya. Ia masih kekal menggunakan unit 1.5L turbo tiga-silinder petrol dengan output 177 PS dan 255 Nm tork dari 1,500 hingga 4,000 rpm, serta digandingkan dengan transmisi DCT tujuh-kelajuan yang membolehkan SUV ini dipecut dari 0-100 km/j dalam 7.9 saat.

Dan buat pertama kalinya, ini merupakan versi pertama bagi X50 yang diberikan enjin pengeluaran tempatan (CKD) yang diproduksi di kilang Proton di Tanjung Malim, Perak. Sebelum ini, enjin X50 dibawa masuk dari China. Selain itu, X50 RC 2024 juga telah diberikan penambahbaikan dari segi Noise, Vibration, and Harshness (NVH), melibatkan lebih 20 poin NVH yang ditambahbaik untuk memberikan keselesaan yang lebih jitu. Bunyi enjin dan bunyi bising jalan dapat dikurangkan dengan ketara, walaupun bunyi bising angin masih sedikit kedengaran.

Rekaan Luaran dan Dalaman

Bagaimana pula dengan imej luarannya? Jawapannya tiada apa-apa perubahan untuk luarannya. Malah tiada apa yang dapat membezakan antara X50 RC 2024 dengan versi terdahulu. Menurut Proton, buat masa ini memang tiada perubahan dari segi imejnya kerana “ia sudah kelihatan sempurna”. Jadi, ia masih dikekalkan seperti mana versi terdahulu, termasuk lampu utama projektor LED dengan fungsi lampu tinggi automatik (kecuali Standard yang hanya diberikan unit LED), lampu nyalaan siang LED, dan lampu kabus hadapan dan belakang.

Selain itu, ia masih ditampilkan dengan jaluran merah pada bahagian gril infinite weave, rim aloi dwi-tona 18-inci (17-inci untuk Standard). Untuk varian Standard dan Executive, kali ini telah menerima tayar baharu iaitu Goodyear Assurance Tripmax 2, sama seperti model S70. Manakala varian Premium dan Flagship kekal dengan tayar Continental UltraContact UC6. Varian Flagship juga masih mengekalkan dua-tona warna luaran dengan bumbung dan tiang hitam serta bumbung kaca panoramik.

Untuk bahagian kabinnya juga, ia masih sama seperti model terdahulu. Ia masih mengekalkan ciri termasuk kemasan aluminium brushed, tempat duduk balutan kulit, pendingin hawa zon-tunggal dengan penapis kabin N95, operasi pembuka but dengan Remote Control Activation, parkir brek elektronik dan corong pendingin hawa untuk tempat duduk belakang.

Kemaskini Teknologi dan Keselamatan

Namun, semua varian X50 RC 2024 ini menerima kemaskini dari segi unit paparan utama (HUD) bersaiz 10.3-inci dengan resolusi yang lebih tinggi pada kadar 1920 x 720, unit pemprosesasan dual quad-core, 2GB bagi kapasiti RAM, kapasiti storan hingga 64GB, dan aplikasi Spotify Music. Menurut Proton, dengan pembaharuan yang dilakukan HUD ini, prestasi pengkomputerannya menjadi 3.3 kali ganda lebih pantas, dengan 33% lebih kelajuan untuk bootup dan juga 55% lebih pantas untuk loading time.

Selain itu, dua varian tertinggi bagi X50 RC 2024 ini masih diberikan kamera 360-darjah tetapi telah dipertingkatkan bagi memantapkan lagi aspek keselamatan dan bantuan pemanduan. Dengan menambah jumlah piksel sebanyak 3.3 kali ganda, pandangan imej 3D sekeliling yang dipaparkan dari kamera ini ternyata lebih jelas biar pun dalam keadaan pencahayaan yang rendah, maka urusan parkir kenderaan lebih meyakinkan.

Untuk aspek keselamatan, X50 RC 2024 masih dikekalkan dengan enam beg udara (hanya empat beg udara untuk Standard), sistem brek ABS, EBD bersama BA, kawalan kestabilan elektronik, Traction Control, bantuan mula mendaki, kawalan menurun bukit, Auto Brake Hold serta cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di belakang.

Varian Flagship masih mengekalkan fungsi pemanduan sendiri (autonomous) tahap 2, terdiri dari cruise control adaptif dengan fungsi stop & go, bantuan kekal tengah di lorong, bantuan kekal lorong, amaran ketibaan lorong dan juga sistem bantuan parkir yang membolehkan ia diparkir sendiri oleh komputer pada kedudukan selari dan sisi.

Pilihan Warna dan Pakej Aksesori

Untuk pilihan warnanya pula, kesemua varian masih dikekalkan dengan Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue dan Passion Red. Setiap pembelian diberi waranti lima-tahun/tanpa had perbatuan, lima-tahun pakej data percuma (16G sebulan), dan enam kali penyelenggaraan dengan kos buruh percuma.

Bagi yang inginkan kelainan untuk bahagian luaran dan dalaman, boleh memilih pakej aksesori R3 Lite yang ditawarkan pada kos tambahan RM7,500. Pakej ini ditawarkan secara terhad dan bergantung kepada siapa yang mendapatkannya dahulu dan selagi stok masih ada.

Proton X50 RC 2024 dengan segala kemaskini minimal tetapi signifikan ini pastinya akan terus menarik minat pembeli yang inginkan kenderaan SUV berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dengan diskaun menarik dan teknologi terkini, ia sememangnya satu tawaran yang sukar untuk dilepaskan.

Sumber : Paultan

Kesimpulan

Proton X50 RC 2024 dengan segala kemaskini minimal tetapi signifikan ini pastinya akan terus menarik minat pembeli yang inginkan kenderaan SUV berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dengan diskaun menarik, teknologi terkini, dan peningkatan dari segi keselesaan serta keselamatan, ia sememangnya satu tawaran yang sukar untuk dilepaskan.

Jika anda berminat untuk memiliki Proton X50 RC 2024 ini, jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menikmati diskaun eksklusif. Tempah sekarang dengan En. Nazrin Azfar melalui pautan berikut: Tempah Proton X50 RC 2024. Jangan tunggu lagi, dapatkan SUV impian anda hari ini!

5/5 - (5 votes)

Share:

More Posts

Proton Anggun Rawang - Nazrin Azfar

Proton Car Loan Calculator

Proton Car Loan Calculator – Rancang pembelian kereta Proton baru anda di sini. Dapatkan anggaran ansuran bulanan berdasarkan harga, deposit, dan kadar faedah terkini.

Send Us A Message

Sponsored